Wednesday, February 5, 2014

PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

Ø  Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.
Ø  Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat(LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia  ialah Internet

KELEBIHAN RANGKAIAN
Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer:
è  Perkongsian Maklumat
è  Perkongsian Sumber Perkakasan
è  Perkongsian Sumber Perisian
è  Utusan Elekronik (E-Mail)
è  Keselamatan Data
è  Sokongan

CIRI-CIRI RANGKAIAN

1. Memudahkan perhubungan 
2. Membenarkan perkongsian file, data, dan maklumat jenis lain
3. Berkongsi sumber jaringan dan komputer
4. Mungkin tidak selamat
5. Mungkin mengganggu teknologi lain
6. Mungkin lebih sukar untuk disediakan

  
SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER

Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:
Bil
Sistem Rangkaian Komputer
Saiz Kawasan
Contoh
1.
Local Area Network (LAN)
Kawasan Kecil (10km)
Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.
2.
Metropolitan Area Network (MAN)
Kawasan lebih besar (10-50km)
Bandar, negeri.
3
Wide Area Network (WAN)
Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)
Seluruh dunia, negara, Internet


No comments:

Post a Comment